Monday, November 22, 2010

cerita arian

Tuhan catat kan aku ringkas
hanya seketika
untuk di angan
jadi khabar kepada semua
biar mereka senyum
biar rasa bahagia
hanya untuk sekejap

kerana aku
tak mungkin
lari dari cerita ini
kerana takdir Nya
aku untuk seketika
walau masih jadi khabar
kepada semua, tapi
bukan lagi untuk senyum
bukan lagi untuk bahagia

aku harus pergi
sebagai sebuah cerita
yang indah
yang sedih
untuk semua
kerana itu takdir


22.11.10

1 comment:

  1. athira23.11.10

    terima kasih kerana menjadi yang kuat untuk yang lemah seperti saya. tiada apa yang lebih saya mahukan. semuanya terbaik. dan ketentuan nya pasti melebihi terbaik. terima kasih untuk cerita yang seketika, setiap hari ditanya keadaannya, sekarang tiada lagi. saya minta maaf kerana tidak mampu menjaganya, seperti yang dikata, kerja tuhan tiada siapa mampu melanggar. semoga akan ada cerita lebih baik buat kita berdua.

    ReplyDelete

mari mengata khadam