Wednesday, April 23, 2014

fiona apple



Aryan Agung Kesatria Ulung

wahai tuhan alam semesta
syukur ku bawah rahmatmu
kurnia mu cukup sempurna
amanat ini ku junjung bahagia

wahai tuhan manusia
hati ini dulu angkuh
jiwa ini pernah lara
namun kuasaMu tiada harga

wahai tuhan keturunanku
akan ku pahatkan ikrar ini
hingga sedalam dalam jiwa
Kau peliharalah zuriat kami

wahai tuhan adam abraham
jesus dan muhammad
tiada yang selain Engkau
Penguasa sekalian alam

wahai tuhan pokok dan lautan
waris ini anugerah
tetapkan iman tiupkan redha
agar jalan terpilih kekal lurus


(tiada tuhan yang disembah selain Allah
jesus dan nabi muhammad pesuruh Allah)

aryan ariff 09072012



tr znl

aku mendakap angan
lebih sedekad ku lalui
tetap ku rangkul angan ini
masih erat
masih ketat
masih rapat
aku dakap
aku takkan terhenti disini
demi cinta indah suci

angan yang menginjap
jantung
hati
buat aku terus berdiri

dan..
demi cinta indah ini
akan aku usung
biar sampai mati




Sunday, February 3, 2013

tanah suci

tanah suci ini di berkas lagi
dulu oleh si rambut perang
kemudian si kening garang
menyusul si mata sepet
ada yang berdekad
yang bertahun
sekejap pun ada
semua hanya satu
untuk tawan tanah suci ini
tapi tidak kekal
tidak sampai hari ini
kerana adanya hati hati keluli
berkubu dijiwa muda
bangkit melawan
menentang si rambut perang
menikam si kening garang
menawan si mata sepet
biar luka sampai pedih
tanah suci ini tetap dibela
namun sejarah ini terlupa
tentang anjing anjing mereka..

yang terhapus hanya si rambut perang
yang terbunuh hanya si kening garang
yang tertawan hanya si mata sepet
yang tinggal lagi celaka
bermuka dua
menangguk setiap lubuk
demi untuk diri dan hiraki
tak pernah terhimpit
sedang yang lain tersepit
dalam daerah suci ini
mengikis tanpa rasa mual
segala isi isi suci
dengan cara baru
lebih drastik
tambah sadis
tanpa perlu
si rambut perang
atau si kening garang
juga si mata sepet

merampas suci dari tanah ini
meracun jiwa jiwa insani
menjajah setiap penjuru
sampai bisa dulu menyuap nasi
kini terpaksa gantung diri
hari hari menyalak tentang ekonomi
koridor di sana sini
bangsa sendiri kau biar mati

celakalah kepada pembangunan
jika ini yang kau tawarkan
kepala hotak dia wilayah ekonomi
tak sedar yang disalak itu duit kami
hasil hasil dari tanah suci ini

ayuh orang muda
lingkung lah tanah suci ini
dari diperah segala gala





Malingsia

wahai melayu..
kau terlalu tua untuk jadi pembela
kau semakin di mamah usia
bukan angkuh atau kami lupa

tapi..

bayu dingin yang kau hirup dulu
bukan lagi dingin untuk kami
malah jadi siksa semata

wahai melayu..
benarkan kami berdiri sendiri
berdikir tentang polisi
berzanji hal hal ekonomi

dulu..

memang saat itu kami mentah
kau warnakan segala gala
demi untuk kami hari ini

wahai melayu..
beri kami ruang sekali ini
agar tidak dimaki hari hari nanti
kerna saat ini dunia milik kami

dunia ini milik kami
dunia ini milik kami








---

dosa semalam

dibalik kabus berisi sepi
dengan bayu berbau resah

aku menatap silam yang suram
yang tertinggal kebelakang
yang menjauh dari semalam

aku bukan lagi disitu
untuk aku cipta semula
untuk aku catat bahagia

kerna silam itu telah pergi
bersama perit dan sepi

yang kadang hanya kembali
untuk aku terus tangisi

tolonglah ceritakan yang indah
lukiskan yang baik hari ini
ia bisa hadir untuk kita mimpi nanti  

Wednesday, December 8, 2010

yesterday

semalam bukan untuk dikenang
biarkan melupus sendiri
hanya beban untuk dikendong
buat berat untuk di gelek

semalam hanya satu cerita
ketawa untuk mereka lupa kelmarin
tapi bukan untuk kita
kerana kita hidup untuk hari ini

Monday, November 22, 2010

cerita arian

Tuhan catat kan aku ringkas
hanya seketika
untuk di angan
jadi khabar kepada semua
biar mereka senyum
biar rasa bahagia
hanya untuk sekejap

kerana aku
tak mungkin
lari dari cerita ini
kerana takdir Nya
aku untuk seketika
walau masih jadi khabar
kepada semua, tapi
bukan lagi untuk senyum
bukan lagi untuk bahagia

aku harus pergi
sebagai sebuah cerita
yang indah
yang sedih
untuk semua
kerana itu takdir


22.11.10

Wednesday, November 3, 2010

sekolah ini untuk sesiapa

sekolah ini untuk sesiapa
dari yang tak tau malu
kepada yang tak kenal apa
dari sekecil kecil
sampai lagak jadi tuhan
tak dijadual sempadan sempadan
bebas saja semuanya
sekolah ini untuk sesiapa
dari buta dari tuli
bisa kau nikmat segala
biar bangkai sekalipun
tetap di eja di olah
sampai kebas kepala
sampai sekolah ini kau gonggong
kau gelek bersama
kerana sekolah ini untuk sesiapa
bawa lah anak mu
kendong lah taulan mu
heret orang tua mu
racun mereka untuk sekolah ini
sekolah ini untuk mereka
sampai mati
kerana sekolah ini untuk sesiapa