Monday, October 4, 2010

khadamunis

aku yang dulu
bermatian mengeji bangsa
bermatian memulau dunia
bermatian memaki mereka

kerana aku yang dulu
dirasuk jiwa muda
dibias ideologi mereka
dijajah akal gila

bukan lagi aku yang dulu
tapi masih lagi gila
tetap mamaki bangsa
kerana bangsa ini dusta

kini aku yang dulu
berteriak dari jiwa
menyalak demi hak sama
kepada khadam yang lupa

No comments:

Post a Comment

mari mengata khadam